السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) adalah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji (TH) yang diperbadankan pada 9 September 1972 berdasarkan kepada Akta Syarikat 1965.
Modal berbayar dan dibenar adalah RM5 juta. Ibu Pejabat THTS terletak di Aras 25, Menara TH Selborn, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. THTS juga mempunyai beberapa Pejabat Wilayah dan Mini.
Matlamat penubuhan
- Menyelaras penyewaan pesawat pengangkutan jemaah haji ke Tanah Suci bagi pihak TH.
- Mengendalikan pemergian jemaah haji melalui perkhidmatan pakej haji.
- Mengendalikan pemergian jemaah umrah.
Visi
Peneraju Dalam Pengembaraan & Pelancongan Secara IslamMISI
- Pembangunan Produk
Membangun dan menyediakan produk berkualiti
- Kualiti
Menyediakan perkhidmatan yang efisyen, responsif dan berkualiti
- Pembangunan Pasaran
Memperluas dan mengukuhkan rangkaian pemasaran serta pembekal perkhidmatan bersepadu yang berwibawa di dalam dan luar negara
Anugerah yang diperolehi
- Halal Award :
- MAS OUTSTANDING ACHIEVEMENT AWARD 2009 (DIAMOND) WILAYAH UTARA/WILAYAH TENGAH/WILAYAH SELATAN/WILAYAH SARAWAK
- MALAYSIAN HALAL EXCELLENCE AWARD 2009 BEST HALAL TOUR OPERATOR BY IISHAL
- THE HALAL JOURNAL AWARD 2007 TRAVEL & HOSPITALITY
- Persijilan MS ISO 9001 : 2008 pada 17 Oktober 2003 dan diperbaharui setiap 3 tahun sehingga 16 Oktober 2012
Program kemasyarakatan korporat
THTS tidak terkecuali melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat antaranya :- Sumbangan zakat kepada golongan yang memerlukan
- Sumbangan kepada Encik Hairuman Miskon (Mangsa renjatan elektrik)
- Sumbangan untuk rumah-rumah anak yatim
Jaminan Perkhidmatan
Melalui konsep 3 K iaitu – Keyakinan, Kemudahan dan Keselesaan diadun dengan pengalaman melebihi 30 tahun, THTS terus komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelangganSkop perniagaan
- Pakej Haji
- Pakej Umrah
- Pakej Pelancongan
- Sewaan penerbangan haji
- Tiket kapalterbang
- Katering haji
- Kargo
Life a Great gift for human by Allah so please share your opinion on Life and Its Scope in Islam. I just want to know this.
ReplyDelete